CGN

Transaksi mikro luar rantai

Kami akan menggunakan sistem pangkalan data siri masa luar rantai boleh skala yang tersedia untuk menyimpan transaksi mikro dan menyambungnya secara strategik ke blok rantai Ethereum. Penyelesaian ini akan memberikan prestasi dan manfaat keseluruhan bagi pangkalan data siri masa dengan semua manfaat bukti ketepatan blok rantai. Kami yakin bahawa kami boleh mencipta sistem yang memenuhi skop keperluan kami dengan tepat tetapi tidak kompleks untuk direka, dibangunkan dan dilaksanakan.

Setiap permintaan yang dibuat ke DService, tanpa mengra berapa pantas ia berjalan, akan dianggap sebagai perkara yang boleh dibil dan ia perlu dilog dalam bentuk trasnsaksi mikro. Ia akan berlaku dengan kadar yang tinggi dan transaksi sedemikian memerlukan pengingesan dan storan pantas sebagai satu keperluan utamanya. Data transaksi akan sentiasa tersedia untuk diakses oleh kedua-dua nod CGN wilayah untuk melaksananakan pengebilan. Ketelusan lengkap dalam pengebilan akan membolehkan pengguna sistem untuk melihat dan menganalisis semua transaksi awal.

Transaksi mikro akan direkod dengan butiran terperinci, cthnya setiap penggunaan akan direkod dalam matawang fiat supaya kos perkhidmatan dinyatakan kepada setiap pelanggan berbayar dalam bentuk matawang yang biasa digunakan. Bagi transaksi dalam blok rantai pada Dyncoin, satu proses berjadual akan menjumlahkan nilai terkumpul atau boleh dibayar, diukur dalam bentuk matawang fiat, ditukarkan ke bentuk jumlah nilai Dyncoin pada masa setiap transaksi mikro, kemudian mendapatkan jumlah transaksi menggunakan Dyncoin dan merekodnya ke dalam blok rantai.

Secara ringkasnya, kami merekod caj dan bayaran keluar dalam butiran terperinci dan dalam masa sebenar dengan menggunakan matawang fiat. Kami mengutip hasil-hasil tersebut atau membuat penyerahan pembayaran keluar menggunakan Dyncoin secara berkala. Ini memberikan padanan kekerapan transaksi lebih baik untuk digunakan bersama rantai blok, tanpa menjejaskan keupayaannya untuk merekod, mengumpul dan menganalisis data penggunaan dengan butiran secukupnya.

image-2018-08-13-freshblue